Friday, 28 June 2013

Bergurau . Seriously ? Dushh Dushh .

Fuhhhhh fuhhhhhh *tiup habuk blog sambil kembang kempis hidung . Haccccchommm ! Memang dah berdaki sangat dah Abang blog aku ni . Ni lah manusia kan bila ada benda baru , yang lama dilupakan . *perli diri sendiri . Sejak wujudnya twitter mana ada aku update blog lagi . Ye lah kalau twitter , kita nak tweet yang kita tengah sakit perut pon boleh . Walaupon tak kurangkan sakit perut tu tapi at least ada lah tempat mengadu . Ehhhhh . Twitter kan salah satu tempat kita nak meluahkan perasaan so , tweet jek lah . Tak ada orang marah pon . Hak bertweet hak kita . Cewahhh . Tapi yang tak bestnya pasal Twitter ni dia limitkan 140 words jek . Terpaksa bataskan ayat-ayat yang bombastik tu . hahaha . Dan time tu lah aku akan cari Abang blog ni balik sebab dekat blog ni kita nak tulis 700 patah perkataan pon boleh . Nampak tak yang aku bukannya jenis habis madu sepah dibuang . Masih ada masa untuk mengadap laptop berjam-jam lamanya hanya untuk berkasih sayang dengan Abang blog aku ni .

Eh lupa nak pulak nak bagi salam . Assalamualaikum peminat-peminat setiaku . Maaf salah . Hehehe . Assalamualaikum pembaca-pembaca setiaku :)) Dah membebel punyalah panjang baru nak beri salam . Tak patut . Tak patut . Orang cakap , bila nak bergurau tu bertempat . Jangan sampai gurauan kita tu melukakan perasaan orang lain . Dia gelak tapi tak semestinya dia terima apa yang kita guraukan . Rambut sama hitam tapi hati lain-lain . Lagi kalau korang bergurau tu dengan orang yang korang sayang .Orang yang awak sayang tu ada hati dan perasaan tau . Harapan yang menggunung tinggi tu tetiba jek hancur berkecai bila perkataan yang awak keluarkan tu hanyalah gurauan semata-mata . Bergurau tu bertempatlah . Jangan anggap yang setiap kata-kata awak tu hanyalah gurauan . Tak bermaksud yang kita tak boleh bergurau . Boleh . Siapa cakap tak boleh . Hidup ni kalau serious jek tak boleh jugak ye dak . Tapi behave lah . Fikir dulu sebelum nak cakap tu .
Maaf kalau ada sesiapa yang terasa dengan setiap gurauan saya . Peace !

#NoteToMyself


Wednesday, 13 February 2013

Sampai Bila ?

Ya Allah , kau ampunilah segala dosaku . Kau lembutkanlah hatiku . Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh setiap dugaan dan cabaran yang kau berikan kepadaku . Kau tetapkanlah imanku . Kau permudahkanlah segala urusanku . Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir . Aminn ya rabbal Alamin 


Sampai bila perasaan ni nak ada dalam hati aku . sampai bila ? kalau ikutkan aku , nak jek aku buang jauh-jauh perasaan ni . campak jek dalam laut pastu biar kena makan dengan ikan jerung . baru senang sikit hati ni . kadang-kadang rasa macam nak bagitau jek semua orang kat dalam dunia ni apa yang aku rasa sekarang ni tapi bila difikirkan balik , masalah aku ni kecik jek tak de lah besar mana kalau nak dibandingkan dengan masalah-masalah yang dialami oleh orang lain kat luar sana .  setiap perbuatan yang aku buat mesti ada jek suara-suara sumbang yang menyakitkan telinga aku ni . please stop ! jangan jaga tepi kain orang boleh . nobody perfect okay . setiap apa yang berlaku , mesti ada hikmah disebaliknya kan . so , aku akan sentiasa berfikiran positif . keliru dengan perasaan sendiri ? itu perkara normal okay . lately ni , banyak sangat perkara yang berlaku kat aku . aku kena kuatkan semangat . kalau aku tak kuat , macamane aku nak tempuh pancaroba hidup pada masa akan datang kan ? hope everything will be alright . Aku yakin yang satu hari nanti , aku akan capai apa yang aku nak selama ni .