Wednesday, 15 October 2014

Masa sendiri.

Sekejap kau rasa kau perlukan kawan-kawan kau untuk temankan kau lalui hidup satu hari.
Sekejap kau rasa yang kawan-kawan kau ni tersangat lah annoying. And sampai satu tahap kau tak nak langsung mengadap muka diaorang.

Sama jugak bila, ada suatu ketika tu kau tak nak langsung family kau sibuk tahu hal kau. Tapi tu sangat jarang aku rasa lah sebab most of the time, aku sangat memerlukan sokongan family aku.

Ada masa kau perlukan dan ada masa kau tak perlukan.

Dan esoknya pulak kau rasa kau perlukan masa sendiri. Kau nak lari jauh dari dunia yang mengelirukan ni. Masa tak pernah cemburu dengan kehadiran kau. Kau boleh buat apa saja yang kau suka tanpa ada gangguan daripada makhluk- makhluk lain. Indahnya dunia kan?

Aku hanya perlukan kombinasi, Laut + Novel + Coffee. Cukup.
Cukup sempurna.

Monday, 13 October 2014

Patut rasa diri bersalah ke macamana?

Kau tak bersalah dan kau dikatakan bersalah oleh pesalah yang sebenar.

Apa kau rasa?

Geram. Geram kan? Sumpah geram.

Mengamuk sakan tapi orang yang terpaksa menerima amukan tu tak tahu menahu sebab apa.

Okay, contoh situation.
Kau tengah syok tengok korean drama dan tetiba roommate kau masuk bilik dengan muka singa. Bukak pintu dengan rakusnya, sambil jalan hentak-hentak kaki, mulut pulak membebel perkataan yang langsung kau tak faham butirnya. Disebabkan kau prihatin, kau pon tegur. " Kau okay? "
Roommate kau pon jawab " Okay apebenda! Menyibuk betul! "

Paling tak suka. Paling benci bila ada orang lepaskan kemarahan dekat kita walhal kita tak ada kena mengena langsung dalam hidup dia. Paling benci.

Appreciate everything.



Rasa tertusuk.

Setiap orang nak partner yang serba serbi cukup. 

Kalau boleh, ciri-ciri yang kita berangan semua nak kena ada.

Tapi tu semua kan kuasa Allah,

Siapa kita nak menolak takdir.

" Sibuk sangat nak yang sempurna. Sedangkan kita pon biasa-biasa je "

Nak yang terbaik, kena lah jadi yang terbaik.

Cuba lah. Cuba. Ye mengaku, aku memang nak seseorang yang sempurna.

Impossible kan?

Tapi tu lah. Aku pon belum cukup sempurna.

Tak pe. Boleh belajar.

Slow slow.

Sekarang yang ada ni pon dah cukup sempurna. Terima kasih.

Learn to appreciate what you have. 

Bersyukur.


Tuesday, 7 October 2014

Faham tak?


Maaf. Sorry. Memang lah senang nak ucap.

Tapi hati orang yang menerima maaf tu, pernah perasan tak?

Buat salah memang sepatutnya minta maaf,

Tapi kalau dah dua tiga kali ulang salah yang sama,

Patut ke orang yang terima maaf tu terima maaf tu bulat-bulat?

Perompak, Pembunuh, bila lepas diaorang merompak dan membunuh then diaorang mintak maaf dekat polis, adakah diaorang dilepaskan daripada hukuman? Tak kan.

" Aku dah bunuh orang. Aku mintak maaf eh " 

Terlepas. Kalau macam tu, apa guna undang-undang?

Hati dah retak seribu, dengan perkataan maaf, boleh bercantum kembali?

woi ingat senang !

Sekali sakit, selamanya sakit.




Thursday, 2 October 2014

Jatuh.

Pernah jatuh?

Tak kisah lah jatuh terduduk ke, jatuh tergolek ke ataupon jatuh terlentang sekalipon.

Kau tahu macamana sakitnya?

Sakit kan? Sakit sangat

Dan cuba bayangkan saat kau jatuh tu, tak ada sesiapan pon yang kisah.

" Kau nak mati, Matilah. Kau hidup pon bukan mendatangkan keuntungan. Makin menyusahkan "

Apa kau rasa? Baik mati kan?

Kenapa kau perlu rasa macam tu? Kau hidup bukan untuk orang lain. Pedulikan mulut busuk mereka.

Kau mampu. Kau bangun. Kau sahut cabaran tu.

Kau boleh Zulaika.

Sunday, 13 July 2014

Rapuh.

Alhamdulillah dah masuk hari ke-15 umat Islam berpuasa. Rasa macam sekejap pulak. Tup tup dah dekat separuh puasa.

Sejak kebelakangan ni selalu rasa tak sedap hati. Gelisah memanjang. Pernah tak ada satu masa tu korang rasa yang hati korang ni macam dicubit-cubit. Cubitan yang ala-ala kena gigit kerengga tu. Pernah tak? Pernah tak korang rasa ada satu tahap tu korang rasa give up. Rasa macam lemah sangat. Pernah tak?

And ada satu tahap tu kau rasa nak menangis sepanjang hari and your kesayangan tersangatlah risau sampaikan he repeat the same questions like every 5 minutes.
" Babe are you okay? '
" Is it something wrong with me sampai buat you tak de mood macam ni? :
" I ada buat salah ke? "
" Are you really okay "
" Betul ni okay? "
" Sure ke you okay ni? "

Hey this is normal feeling for normal girl like me akan alami. Just relax okay bro.

Frankly speaking, me also tertanya-tanya. Kenapa perasaan ni wujud. Padahal empunya badan cuba untuk lari. Tapi tak boleh. Selalu rasa tak senang. Terlalu stress mungkin. Tapi sebab apa? I'm not sure either.

This is what I feel right now, HYPOPHRENIA ....


Mental breakdown. Kbye.


Friday, 20 June 2014

R .

   Kembali menerjah.
Lagi dan lagi.
Alahai benci.
       Selalu menghimpit hati yang rapuh ni.
Alahai sakit. 


Pathetic for thinking of you all the time.
Damn . Damn sangat

     Your confident face,
      Your random talk,
      Mana wei mana. Lama tak tengok.


           I just miss you.
Thats all.
Plain and simple. Alahai

Late night conversations. Jom babe



p/s : It's not the capital letter for that guy. R tu maksudnya Rindu. Kang tetiba ada jek yang tanya siapa R tu bukan sepatutnya F ke? *dengan nada sarcasm Hiks


Friday, 21 February 2014

Being too nice is danger !

" You're too nice "
okay , try baca words dekat atas ni dengan intonasi yang berbeza-beza . Ada yang cakap sebab dia memang maksudkan yang orang tu baik and ada jugak orang yang cakap tapi dalam waktu yang sama ada maksud tersembunyi di sebalik muka suci dia tu . Dalam kata lain nak ambil kesempatan lah . Aduyai nak kena explain jugak ke . Hmmm . 

Salah ke jadi baik ? Eh siapa cakap salah . Iolss tak cakap pon jadi baik ni satu kesalahan . Tapi kalau terlalu baik tu bahaya . Sebab apa ? Tau tak yang dunia sekarang ni terlalu kejam . Sangat kejam . Bila kita terlalu baik , orang yang tak bertanggungjawab ambil kesempatan tapi bila kita buat salah manusia mulut tempayan mengata pulak . Haaaa nampak tak kekejamannya dekat situ .

So, what should we do ? Just be youself and be more careful in everything you do .

Pernah jumpa tak dengan orang yang terima jek apa pon kita cakap . Setuju jek memanjang tanpa ada bantahan pon . People who are highly agreeable ni lah orang yang terlalu baik . Actually it can be a huge problem tau . Selalunya lah kan if you are highly agreeable , you want other people to like you . Ye lah bila kita tak banyak songeh , orang mesti cakap yang kita ni bagus . Senang nak bekerjasama . Orang macam ni may not want to say things yang boleh menyebabkan orang sakit hati . Terlalu nak jaga hati orang tapi padahal hati sendiri menangis .

Jadi janganlah jadi orang tu terlaluuuuuuuuu baik . Being nice and too nice are different . Kenalah tau how to draw the line between being nice and too nice . Being too nice can hurt you in all your relationships. Hubungan time bercinta , friendships , and even family pon .

Aku baik ? Tak . Sebab tu ramai orang yang menyampah dengan aku . Ehemmm ! HAHAHAHA Aku cuma buat sesuatu benda yang aku rasa betul . Adil kan ? :)





Monday, 3 February 2014

Unexpected things.

Rasa macam tak ada benda nak buat pulak malam ni , so nak luangkan masa dengan mengarut dekat blog ni lah . Basically , my life is soooooo boring . Simple . But bersyukur sangat dengan apa yang aku ada sekarang . For me lah kan , life without challenge ni tak menarik oh . Okay lets say lah kan . Kau tengah jogging dekat taman sorang-sorang selama 1 jam . ceh padahal jog 10 minit pon dah semput . Selama 1 hour kau jogging tu nothing happened . Pusing-pusing lah kau dekat taman tu . Kau tak rasa boring ke ? Boring an . 
So, aku nak situation time jogging tu lebih kurang macam ni . Aku lari-lari anak sensorang tetiba tali kasut aku terbukak dan aku tak perasan . Terpijak dan tak semena-mena aku jatuh ke tanah sampai bergegar kawasan taman tu . Dan dalam waktu yang sama , ada sorang mamat ala-ala muka Fizo Omar pon terasa gegaran tu dan terus memandang tepat ke arah aku , Arghhh damn ! Malu tahap muka tu dah boleh sorok bawah bantal . Bangun dengan selamba dan bagi senyuman paling manis dekat si jejaka tu dan teruskan perjoggingan . Aku lari dan terus lari sambil menyanyi lagu You can count on me by Bruno Mars . Tapi aku tak perasan yang sebenarnya suara aku tu dah sampai volume 7 dah . Kuat sampai boleh malukan diri sendiri . Tetiba jek ada suara jejaka yang join sekali nyanyi dengan aku dan aku stop but suara tu still teruskan nyanyian . Perghhh merdu tahap suara Hafiz woi . Rupanya jejaka tadi adalah jejaka yang nampak aku jatuh macam nangka busuk tu . This is opportunity okay . Tadi jogging sorang-sorang tetiba berdua pulak . Haaaaa nampak tak dekat situ bertapa interestingnya story hidup kau kalau kau buat sesuatu tu unplan . Unexpected things is really good oh actually . But ada jugak yang boleh buat hidup kau huru-hara . Eh that is life kan . Kita tak tau apa yang akan jadi dekat kita . Macam jugak time kau nak pergi kelas . Kau tengah otw nak pergi kelas tetiba whatsapp kelas kecoh sebab lecturer terpaksa cancel kan kelas tu . And kau rasa annoying sebab kau dah cantik2 bangun awal pagi untuk pergi kelas but actually it's a good thing kan . Sebab semua student suka kalau kelas cancel . Tipulah kalau kau cakap tak suka .    

So many unexpected things have been happening to me lately  . Tetiba masalah datang bergolek-golek . Tetiba rasa bahagia tu existence everyday . Tetiba rasa nak face to face dengan stranger yang aku baru kenal dekat wechat . Everything happens for a reason kan . Ada hikmah kalau something happened in your life . Just kau kena ready to face any challenges . Sometimes the most unexpected things turn out to be something you cant live without tau . Serious talk !



Thursday, 9 January 2014

Hope .

Last year , bulan 9 last entry . Ambil masa yang agak panjang untuk mengadap laptop , mengetuk papan kekunci dan membuat entry baru . Mood untuk berblog kembali menerjah . Oh ye dah masuk tahun 2014 . Dan maksudnya 21 umur sekarang . Unofficial 21 . Semakin besar jumlah umur , semakin dekat dengan kematian . Selalu ingatkan diri . Lupakan pahit manis 2013 , dan teruskan lalui tahun 2014 ni dengan gagah . Walaupon , rasa ragu-ragu nak tempuh . Penuh dengan tanda tanya . Penuh dengan persoalan untuk tahu apa yang akan berlaku . Mengharap , berharap semuanya dipermudahkan . In sha Allah .