Monday, 13 October 2014

Patut rasa diri bersalah ke macamana?

Kau tak bersalah dan kau dikatakan bersalah oleh pesalah yang sebenar.

Apa kau rasa?

Geram. Geram kan? Sumpah geram.

Mengamuk sakan tapi orang yang terpaksa menerima amukan tu tak tahu menahu sebab apa.

Okay, contoh situation.
Kau tengah syok tengok korean drama dan tetiba roommate kau masuk bilik dengan muka singa. Bukak pintu dengan rakusnya, sambil jalan hentak-hentak kaki, mulut pulak membebel perkataan yang langsung kau tak faham butirnya. Disebabkan kau prihatin, kau pon tegur. " Kau okay? "
Roommate kau pon jawab " Okay apebenda! Menyibuk betul! "

Paling tak suka. Paling benci bila ada orang lepaskan kemarahan dekat kita walhal kita tak ada kena mengena langsung dalam hidup dia. Paling benci.

No comments:

Post a Comment